Kaedah dan teknik latihan pernafasan yang mudah.

Diposkan oleh Muhammad Iqbal on Selasa, 24 April 2012
Latihan ini boleh dibuat semasa bersantai, berehat, memandu, selepas sembahyang, sebelum berzikir, sebelum meditasi dan sebagainya. Latihan pernafasan ini juga boleh dikatakan sejenis meditasi.
Sangat berfaedah jika latihan ini dibuat sebelum memulakan meditasi dan sebelum berzikir.
 meditasi
Sebelum memulakan latihan

  • Duduk bersila di atas kain yang tebal atau tikar
  • Pastikan tulang belakang, leher dan kepala tegak
  • Letakkan tangan di atas paha secara tapak tangan memandang ke atas atau cantumkan jari kedua-dua belah tangan dengan jenisnya  yang sama.
  • Tarik dan lepas nafas sebanyak 3 kali dengan kelajuan sederhana

Latihan Pernafasan

  • Kosongkan semua nafas secara perlahan-lahan
  • Tahan nafas – Jangan tarik atau lepas nafas selama 15 saat
  • Tarik nafas secara perlahan selama 15 saat
  • Tahan nafas selama 15 saat
  • Lepaskan nafas secara perlahan selama 15 saat
  • Lengkapkan 60 saat untuk setiap pusingan
  • Memperhatikan nafas yang masuk dan keluar

Panduan
Ulangi latihan pernafasan sebanyak 3 kali pada permulaan
Lama kelamaan boleh mengulangi perpuluhan kali- Lagi banyak lagi bagus
Sebaik-baiknya lakukan latihan ini di tempat yang sama
Setelah anda melatih untuk tempo masa yang lama, tempo masa perputaran pernafasan boleh dilanjutkan secara perlahan-lahan tetapi jangan paksa.
Contohnya: Dari 15 saat ke 30 saat, 30 saat ke 45 saat, 45 saat ke 60 saat.
Sebaik baiknya jangan fikirkan sesuatu semasa latihan dan kosongkan fikiran.

Kaedah dan teknik latihan pernafasan yang mudah untuk menarik kekayaan
Kaedah dan teknik latihan pernafasan yang mudah untuk menarik kekayaan dalam kehidupan kita. Latihan ini tidak bermaksud untuk menarik kekayaan dari alam ghaib atau menarik kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan makhluk halus.
Latihan ini hanya membantu kita untuk mengubah “Mind set”  dan “Internal Mind” supaya memudahkan rezeki kita dengan bantuan kuasa dalaman kita dan kuasa alam semula jadi.

Sebaik-baiknya latihan ini dibuat di dalam rumah kita sendiri. Jangan buat latihan ini di rumah orang atau kawasan luar rumah atau di tempat yang kotor.

Sebelum memulakan latihan

  • Duduk bersila di atas kain yang tebal atau tikar
  • Pastikan tulang belakang, leher dan kepala tegak
  • Pejam mata / Buka mata
  • Letakkan tangan di atas paha secara tapak tangan memandang ke atas atau cantumkan semua jari dari kedua belah tangan dengan jenisnya yang sama.
  • Memperhatikan nafas yang masuk dan keluar
  • Tarik dan lepas nafas sebanyak 3 kali dengan kelajuan sederhana
  • Tarik dan lepas nafas sebanyak 3 kali dengan perlahan-lahan

Latihan Pernafasan

  • Bernafas dengan perlahan dengan kelajuan yang sama
  • Memperhatikan nafas yang keluar dan masuk
  • Melihat hujung hidup tanpa membuka mata dengan menggunakan bayangan
  • Memerhatikan nafas yang masuk dan keluar
  • Bayangkan nafas yang anda sedut itu berwarna keemasan
  • Bayangkan nafas itu bersinar
  • Bayangkan nafas itu mengeluarkan cahaya yang berwarna keemasan
  • Bayangkan seluruh nafas anda telah bertukar menjadi warna emas yang bersinar
  • Bayangkan nafas yang bersinar emas itu masuk melalui hidung dan bergerak ke pusat anda dan keluar melalui hidung.
  • Bernafas secara perlahan selama 5 minit
  • Bayangkan nafas emas itu bergerak ke seluruh badan anda. Dari tapak kaki ke hujung rambut.
  • Bayangkan seluruh badan anda telah bertukar menjadi warna emas yang bersinar
  • Sekarang anda telah menjadi sebuah patung emas yang bersinar.
  • Duduk atau meditasi dalam keadaan ini selama 5 minit atau lebih.

Latihan ini boleh dilanjutkan dengan membayangkan rumah, kenderaan, barang atau ahli keluarga anda menjadi longgok emas atau patung emas.
 
Panduan
Sebaik baiknya jangan fikirkan sesuatu semasa latihan dan kosongkan fikiran.
Lihat gambar emas atau ingat dan bayangkan emas yang bersinar sebelum memulakan meditasi .
Sebaik baiknya melatih untuk mengingati warna emas yang bersinar terlebih dahulu.
Komentar Facebook
0 Komentar Blogger
Twitter

{ 0 komentar... read them below if any or add comment }

 
FASTSEO - SEO Friendly Blogger Template Design by Tutorial SEO Blogspot